Happy weekend guys! Sekarang ni kat mana-mana pun jam kan? Ye lah, budak-budak cuti sekolah, time ni lah nak balik kampung kan? Kakak i dari Shah Alam tak sampai-sampai pun lagi kat Kulim sejak tengahari tadi, sebabnya banyak kereta atas highway. Huhu. Dalam bulan lepas, abah Mizan ada bagi kad kenduri kahwin anak saudara mak Mizan, iaitu sepupu Mizan lah, namanya Yana. I ada pernah jumpa Yana masa raya tahun lepas, masa tu dia baru je bertunang. Cepat sungguh masa berlalu kan? Hailaahhhh -.-
Yana & Kayrul
Korang mesti pelik tetibe ada kasut tinggi kat bawah ni kan? Bukan hantaran kahwin tau. Haha. Kisahnya macam ni, Mizan pesan kat i, pakai baju kurung biasa-biasa je, sebab kenduri pun biasa-biasa je. Okay fine, i pakai baju kurung biasa. I ingatkan nak pakai dengan flats i je, sekali mama dah potpet. Mama cakap, "Pakai lah wedges yang dok ada tu. Tak terpakai lagi. Barulah cantik." Hmm okay fine lagi sekali. Walaupun i memang langsung tak suka pakai kasut tinggi, tapi i akur, menurut perintah mama tercinta. -.- I siap ambil pembaris lagi dan ukur ketinggian wedges ni, 11 cm okay. 11 cm!!! :O *mode gediks on*
Okay lah, bagi korang memang tak tinggi. Tapi bagi i seksa kot nak berjalan. Tadi dah jalan macam robot -.- *mrs.exaggerate*
Now ketinggian i dah tambah 11 cm. Dari 160cm, dah menjadi 171cm. Zzzzz~ -.-
Bergerak dari rumah pukul 12 tengahari, sampai dalam 1.15 tengahari. Banyak jugak kereta tadi atas jambatan. Haiyooo.. Oh yaa, abang i pun ikut sekali. Ape lagi, dia bawak lah gadgets dia yang gedabak-gedabak tu. I pun tak faham. -.-
Besar kan? Berat pulak tuh. Tak kuasa i nak angkut berat-berat camni. Pegang camera BB dah cukup. Hewhew
Tapi bila orang dah minat kan photography, apa pun sanggup :) Yang nak bestnya, wedding photographer tadi tu kenal abang i, dia selalu dok tengok artworks abang i di FB. Kebetulan. Bila dah jumpa geng, ape lagi? :D
Meriah tau. Nasik pun sedap. Mizan cerita masakan semua gotong-royong adik beradik. Tadi jumpa Mizan pun muka dia letih je, dia dok angkat beras, angkat kuali besar-besar. Nak senyum pun payah sikit tadi. Huhu. Sian dia.
Bila bergambar, mestilah kena senyum kan? :)
Dalam pukul 2 petang, pengantin lelaki pun sampai. Cantik tau mekap pengantin perempuan, smooth je, dan tak berminyak. I suka color baju pengantin ni, pink nak ke peach. Mula lah berangan kan? Hewhewhew. Kat bawah ni abang i yang tangkap gambar tadi guna gadgets gedabak dia tuh. Hehe.
Pengantin perempuan, Yana.
Pengantin lelaki baru sampai :)
Pelamin simple tapi cantik!
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.. Amin.
Overall, kenduri tadi seronok, meriah sangat tengok adik beradik mak Mizan, sebab ramai. Suka tengok semangat kerjasama di antara adik beradik. Family Mizan merai sangat family i datang tadi, ambil di kereta, dan hantar kami sampai ke kereta. Mama papa i suka sangat bila dengan family Mizan, sebab diaorang menyambut tetamu sangat lah bagus.
Tadi abah Mizan perkenalkan family i kat sanak saudara diaorang, "Haa ni family coach tennis Mijan. Mijan kawan dengan anak coach. Tapi satu hari nanti, harap-harap dapat berbesan lah." Lepas tu diaorang gelak-gelak happy. Dalam hati i amin kan banyak-banyak, dengan berkat tempias i pergi kenduri banyak-banyak ni ;)



















