Monday, February 13, 2012

Allah Memanggil Kita 3 Kali Seumur Hidup.


Pagi ni bangun, dah tersedar, diri ni bukan 22 tahun lagi, dah 23 tahun. -_-" okay, itu tiada kena mengena dengan topik ni. lepas mandi, kemas-kemas katil, "Kring, Kring.!" BB berbunyi.. tu tandanya bunyi e-mail. bukak tengok, kakak i hantar e-mail bertajuk: Allah Hanya Memanggil Kita 3 kali Seumur Hidup. dia memang rajin hantar e-mail berunsur ilmiah kat i, dengan harapan i menjadi insan yang lebih baik. Insyaallah k, Kak Aniz, adik cuba sedaya upaya :') jadi, di sini, i nak kongsi dengan korang e-mail ni :

Ibu berkata, "Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup." Keningku berkerut.. "Sedikit sekali Allah memanggil kita?" Ibu tersenyum, "Ye sayang, tahu tak apa 3 panggilan tu?" Saya menggelengkan kepala.

1.  "Panggilan pertama adalah Azan," ujar ibu. "Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita." 

"Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, sama ada umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti."


Saya terpaku, mata saya berkaca-kaca.. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana sibuklah, ada assignment lah dan lain-lain. Masya Allah..


Ibu melanjutkan,
2.  "Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'."

"Hamba yang seorang mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang akan memperolehi wang, yang tidak bercadang untuk pergi, ternyata akan pergi, ada yang memang merancang untuk pergi dan terkabul. 

"Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan, 'Labaik Allahuma Labaik/Umrotan', sesungguhnya kita pada saat itu sudah menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali."

Mata saya semakin berkaca-kaca.. Subhanallah..

3.  "Dan panggilan ketiga, adalah Kematian." Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.


"Pada kebanyakan kematian, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabanya dengan amal soleh. Disebabkan oleh itu, manfaatkan waktu kamu tu sebaik-baiknya.."

"Jadi sayang, jawablah 3 panggilan Allah dengan hati kamu dan sikap yang Husnul Khotimah.. Insyaallah syurga adalah balasannya.."

I baca e-mail ni habis basah skrin hp i. sebab menangis. sedar bahawa diri ni memang tak sesempurna mana. ada ketika, solat 5 waktu pun tidak mencukupi.. lidah ni pula pantas lagi menutur kata-kata berbanding akal fikiran, dan banyak pula sakit hati dengan apa i cakap. sedar banyak yang perlu ubah. 

Dan masih belum terlambat. sehari Allah hidupkan kita, sehari itu kita boleh manfaatkan dengan amalan, kan? Alhamdulillah, kakak i akan pergi umrah pada 20 Mac nanti, bersama-sama mama dan papa, menjawab panggilan Allah yang kedua. Mama papa dah pergi Haji. Kali ni pergi Umrah untuk menemani kakak i. i tak boleh pegi, sebab time tu final exam.. Mungkin Allah belum memanggil i. Wallahuallam.. Harap keluarga i akan selamat pergi dan selamat pulang dari Umrah nanti.

6 sweet kisses:

  1. urm , betul tuh. insap jap bace entry neh =(







    sedih tak dah tuaaa?
    dapat tak hadiah barbie doll sis tuhhh?






    tehe ^^

    ReplyDelete
  2. Huhuhu :')

    Haha tak sedih but bersyukur :)

    Tak dapat lg, but dpt benda lain dalam wish list tu. Hee

    ReplyDelete
  3. Haaaa itu Akan diberitahu kemudiannn~ tungguuuu ;D

    ReplyDelete
  4. semoga kita mampu melaksanakan Ibadah Haji dan Umroh yang merupakan panggilan dari Allah S.W.T. a..mi..n..

    ReplyDelete