Cara-cara Berurusan Dengan Lelaki Egois.

9 Jul 2012


Selamat hari Isnin! Kali ni i nak cakap tentang lelaki ego. Bersikap egois itu perlu, tapi tak perlu praktikkan selalu kalau egois itu boleh melukakan hati seseorang, tambahan pula kalau seseorang itu adalah orang yang kita cintai. Bukan lelaki saja yang ego, tetapi perempuan pun ada yang ego, cuma perempuan lebih cenderung untuk cepat mengalah. 3/100 lelaki akan mengalah terlebih dahulu apabila bergaduh dengan pasangannya. Kejam bukan nombor tu? Tapi itu adalah hakikat. Bukan i nak menyokong kaum perempuan dan cuba untuk menjadi berat sebelah, tapi sudah dikurniakan lelaki menjadi sebegitu rupa.

Tetapi, ada caranya untuk berurusan dengan lelaki egois ni. Well, as usual, I've done my research and some experiments. Huahuahua. Kalau kaum perempuan di luar sana menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan lelaki egois ni, i am here to help you *mata bulat bersinar* Tapi cara-cara yang i akan bagi ni adalah ketika korang bergaduh dengan lelaki yang egois lah ye :)

Give him a Silent Treatment
Selepas bergaduh, tak guna pun kalau korang nak terus berperang mulut dengannya kalau dia dah rasa diri dia betul. Sebab tak banyak lelaki yang mempunyai kekuatan untuk mengaku bahawa dia salah, kita sebagai perempuan yang bijaksana, kena lah bijak bermainan permainan. Teheee~ Cuba beri dia waktu untuk bersendirian and collect his thoughts. Biarkan dia, cuba senyapkan diri untuk beberapa hari. 

Kalau dia rasa cinta dan sayang dia kepada kita lebih penting dari ego dia, percayalah bahawa yang dia akan cari kita balik. I  tahu bukan senang nak buat silent treatment ni, sebabnya i jenis kalau bergaduh, i tak suka panjang-panjang dan meleretkan keadaan. Tapi perlu juga, sebab kita dan pasangan kita boleh bermuhasabah diri buat sementara waktu.

Reverse Psychology
Bila kita sebagai perempuan nak buat reverse psychology, janganlah pulak kita menjadi psycho ye. Kalau kita nak si dia mengaku kesalahan dan meminta maaf, apa kata kita buat macam tu terlebih dahulu? Bila bergaduh atau mengalami perselisihan faham, berhenti bertekak, dan beritahu si dia bahawa kita sedar apa kesalahan diri dan meminta maaf. Lakukan seperti ini setiap kali megalami perselisihan faham dengan si dia. Tunjukkan pada si dia yang kita cukup matang untuk tidak meleretkan pergaduhan dan tidak mengapa bagi kita untuk melakukan kesalahan.

Dari situ, kita sebagai perempuan, secara automatik telah mengawal keadaan dan situasi dengan cara yang lebih matang. Sudah tentu akan membuat si dia berfikir sejenak. Men with egos don't like to lose control, remember? Learn how to deal with this smartly and use his annoying traits to your advantage ;)

Learn how to be a Good Actress
Tapi, jangan praktikkan ini selalu, kerana dikhuatiri akan di cop sebagai hipokrit pulak nanti. Pasangan yang bercinta ni, kalau dah bergaduh, si perempuan mula lah menangis tak henti-henti bila ada perselisihan faham dengan kekasih hatinya, kan? Apa kata berhenti menangis, dan mula berlakon? Cuba untuk menjadi gembira, dan seolah-olah pergaduhan tersebut tidak memberi apa-apa kesan pun pada diri anda. Tetapi, jangan terlalu drastik perubahan ni, kerana ego lelaki mudah tercalar. 

My point is that, instead of feeling sad, learn how to be happy, show to him that you're strong enough not to cry over a stupid argument. Ada sesetengah lelaki suka perempuan yang tabah dan pandai berdikari. Belum cuba, belum tahu kan? :)

Let him win the argument
Okay, this is the last resort. Kalau masing-masing tak nak mengalah dan mengaku salah, sampai bila lah keadaan takkan elok, kan? Walaupun dalam diri kita, kita tahu ada betul nya, tapi tak salah kalau kita mengalah sekali sekala. Tapi, i tak suruh perempuan di luar sana untuk bagi dia menang dalam SEMUA PERKARA. Cuma, bagi dia menang dalam perkara asas, dan cuba tekankan apa yang korang rasa penting untuk diri korang. 

Secara tersirat sebenarnya kita tak bagi dia menang pun, tapi lebih kepada nak mereka faham apa yang kita faham, melalui pendapat kita. Ada faham? Bila kita bagi mereka menang most of the time, they will listen when you truly stick your ground. It shows that you're willing to fight for things that you believe in, and if he truly loves you, he will respect you for it

Sebenarnya, bila berlakunya perselisihan faham antara pasangan, secara tidak langsung itu akan mengajar kita dalam banyak hal. Untuk memperbaiki diri sendiri supaya lebih matang dalam apa jua hal. Ambil iktibar dan pengajaran dari setiap perselisihan faham dan pergaduhan, supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Kadang-kadang kalau kita lihat, cinta ini seolah-olah macam permainan. You have to be a great player to win the battle. But in some games, you have to create a team, and that teamwork will help you to win the game. Understood? Hubungan cinta memerlukan kerjasama, and the willingness to compromise.



MY POINT OF VIEW
The key is that you have to learn how to accept the differences, and embrace the similarities between you and your partner!

23 sweet kisses:

Eyda Dania said...

Klu gaduh kan..eyda lebih suke diamkan diri..mls nk bertekak...pastu..soknye...msej cm biase dlu..then..bru ckp..sowey psal smlm..haha..

#btol la..laki ni..klu ngh panas..jgn nk simbahkan petrol lgi kt die..nnt..makin besar prgduhan itu..hehe

Cik Ziera said...

give a silent treatment mmg betul sangat sangat.
Bia je dye tak yah cakap banyak sok tau la dye nak carik kite balik. hehe lagi kite membebel lagi dye malas layan ;D

Youhazreenda said...

itulah.. malas nak bertekak, baik diam kejap...
haha tapi kalau dah asyik sorry je, boring jugak kan? heee...


yup2, kita kena jadi air :D

Youhazreenda said...

betul tuh ziera.. kalau dia btl2 sygkan kita, pandai lah dia cari balik. hikhikhik

Elysa Sofia said...

Really good points! lisa pernah dlm situasi ni dulu. serius memenatkan,sebab nak menangkan dia walau kesalahan tu dipihak dia. sekali dua boleh lah pastu ulang lagi ulang lagi..penat haha. And lepasni kalau lelaki tu ego tinggi sgt,mmg xkn lagi la,agak takut nak brkawan dgn lelaki cmtu :) Antara semua tu,reverse psychology paling susah. Sebab kebanyakan perempuan (including me :p) nak si dia pujuk balik. Perempuan pun ada ego jugak tapi kalau pujuk lembut sikit je dah cair,kan?? :DD

Youhazreenda said...

yeee dik betul tu, sekali sekala nak jugak merasa dipujuk kan? hehehe... kita same lah, sis ni kalau dipujuk skit, terus dah tak jadi marah. haha :D

Anonymous said...

Da buat da silent treatment tu. tp hampeh.. dy cari kite kejap je. bagi text satu je. n then dy buat hal balik sebb kita tkde dgn dia.. buat bnda yg kite tak suka. lau da berulng kali pent la kan.. kdg2 lelaki ni kan dy tak matang dalam perbuatan sepertimana dia pnye umor kan.. pelik gle!

Youhazreenda said...

kalau dah macam tu, cuba tanya kat diri sendiri balik, "sanggup ke aku nak hadapi macam ni tiap-tiap hari sampai diri sendiri makan hati?"

kalau awk jenis dah bersedia nak ada komitmen dalam hubungan, carilah lelaki yang sanggup nak ada komitmen dengan awak k :)

Anonymous said...

Arhhh penat gn lelaki cam nie..xpnah nak faham permpuan..asyk permpuan je kne faham lelaki..nie blm jd husbnd n wife lg..if da kawin xth la

Youhazreenda said...

hehehe tu lahh.. takde cara lain kita pun kena pandai tahu macam mana nak faham dia jugak lah.. kena peka dengan tingkah laku dia huhu.

zulaiqah said...

Kalo la laki yg ego na bdiam dri cm
ne

Azaziah Zara said...

Akak, if lelaki 3/100 akan mengalah mcm mana pulak nisbah utk perempuan ?

azza mcflurry berry said...

sy baru bergaduh tdi ngan dye. selalu sgt sy mengalah sbb dye kate sy nie ego. mmg dulu sy ego tpi nk dye pujuk balik :'( . then sy trutkan la ckp dye jgn ego sllu dan selalu mengalah kalo tiap kali brgaduh. tpi kitorang jarg sgt bergaduh then hari nie da brgaduh plak. lpas bce blog nie mcm bg smangat pulak. n kalo dye syg kite dye akan cari kite. so silent treatment is better this time. thanks kak sbb post knowledge yg mcm nie :')

Youhazreenda said...

zulaiqah: ohh kalau laki ego tu nak berdiam diri, biar kan lah dia. kita pun berdiam lah diri jugak. TAPI, sebelum berdiam diri, cakap dulu kat dia apa yang zulaiqah rasa, kalau takde respon darinya, tak guna pun kalau kita cakap dengan dinding. let him be. like i said, if he really loves you, he will try his best to make sense out of everything.


adik aza : akak bagi nisbah tu nak menunjukkan bahawa hampir kesemua lelaki tu adalah ego. perempuan lebih kepada emosional apabila membuat sesuatu tindakan dan keputusan. dan secara tak langsung perempuan lebih cenderung untuk mengalah.

azza : biasalah, memang dah naluri seorang perempuan untuk dimanjai, dan dipujuk. tapi kadang2 lelaki ni tak suka sangat nak memujuk, lagi2 kalau hal yang remeh temeh. takpe, bagi saya, lagi lama kita dengan si dia, lagi cekap kita untuk baca diri si dia macam mana. kita perempuan satu je, jangan jadi lemah, jangan cepat mengalah. khuatir kita mudah dipijak kepala. contoh la eh macam sy, dulu masa awal usia hubungan dengan tunang sy, memang sy suka sangat nak dipujuk. pastu kalau gadoh, mesti sy akan mengalah. when time passes by, dan sy lebih kenal dia dengan lebih mendalam (begitu juga dia), kiteorang jadi kurang bergadoh. sebab masing2 dah tau masing2 tak suka ape kan, so kiteorang akan mengelakkan lah buat benda yang masing2 tak suka. walaupun benda sekecil zarah sekalipun, azza kena ambil berat. sebab orang cakap, benda kecik2 ni, kalau kita simpan banyak2, akan jadi besar. so sama jugak lah dengan konsep pergadohan. kalau kita gadoh kerap pasal benda kecik2, lama2 akan jadi isu yang besar, dan akan gadoh besar. sape yang susah? hehe. you're welcome! thanks sebab sudi baca entri ni :)

kaloi said...

Thx....really gd info...normally I choose silent treatment bila berhadapan ngan lelaki yg high ego ni...ego lelaki sama cam der batu dlm kepala dia org...I hanya akan pujuk or mengalah if I yg salah...perempuan pun der egonya juga....martabat diri kena jaga juga....klu asyik2 kita yg beralah penat juga tu....klu lelaki tu btl2 cintakan kita, dia sendiri akan cari kita...perempuan pun kena jual mahal ckt utk beri pengajaran pd lelaki....masa ni la kita nak uji lelaki....jgn susah hati sgt or menangis 3 hari 3 mlm...yakinlah ego lelaki bleh cair if dia2 btl2 cinta n syg kat kita n x nk kehilanga kita.....

"biar kita x dihargai tapi kita punya harga diri"

Youhazreenda said...

kaloi.. yup betul tu.. kalau lelaki tu betul2 cintakan kita, dia akan cari kita dan usaha untuk tepis ego dia tu..

*thumbs up*

Zulhilmi Hafiz said...

Bila dh gaduh aku akn diamkan ja, tapi si dia dok cucuk, -.-"
So nk but mcm mna?

Zulhilmi Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Youhazreenda said...

Ko kena tau perempuan dilahirkan memang jenis banyak bercakap dengan orang yang dia sayang. Sape suka bila tengah bergadoh, tapi pasangan tak nak berkomunikasi? Sepatutnya time gadoh la kena lebih berkomunikasi hehe. Dah ko tak suka dia cucuk2 ko, cuba bincang ape diri masing-masing tak puas hati.

Zulhilmi Hafiz said...

Bila dh gaduh aku akn diamkan ja, tapi si dia dok cucuk, -.-"
So nk but mcm mna?

amilia syahirah said...

lelaki ego memang sensitif dan cepat melenting bila orang yang dia suka dalam dia tanya soalan pelik pelik . lelaki ego takkan pernah nak mintak maaf even setiap kali gaduh memang salah dia tapi perempuan jugak kena mengalah . lelaki ego suka someone tu dalam diam tapi sukar nak mengaku sebab takut maruah diri dia tercalar hanya disebabkan menyukai seorang perempuan. huhu tu pengalaman saya la. penat gila gaduh dengan lelaki ego nih . and saya sokong apa yang tertulis kat atas tu hehe. Great !

Anonymous said...

tapi kalau lelaki tu diam tanpa kita tau pe salah kita cmne lak..dh 2 minggu dah.kol2 xnk angkt msj xblas...sbbpe ek..

Youhazreenda said...

amilia.. lelaki ego ni macam2 pelik ego nya. tapi selalunya kalau lelaki tu betul2 sukakan seseorang perempuan tu, dia akan cuba dapatkan jugak, walau dengan cara macam mana sekalipun, walau dia ego sekalipun. oh well, kita perempuan memang susah nak faham lelaki. lelaki plak cakap, diaorang pun susah nak faham perempuan haha. YES, memang penat layan lelaki ego ni. tapi bila dah terbiasa, kita akan tahu macam mana nak handle :)

anonymous. cuba ingat balik masa bila lelaki tu start mendiamkan diri? apa hubungan lelaki tu dengan awak? kalau sampai dua minggu tak angkat call dan tak reply msg tu, memang pelik lah. tu bukan ego lagi dah tu.. apa kata anonymous pegi jumpa lelaki tu terus :)

Post a Comment

Blog contents © The Essence Of Me 2010. Blogger Theme by Nymphont.