Tips Jimat Minyak Petrol Kereta.

27 Jan 2013

Hello semua orang! Harini i nak kongsi tips macam mana nak jimat minyak kereta. I rasa kebanyakan dari korang mesti dah tahu macam mana nak berjimat, tapi i nak share CARA i jimat minyak kereta. Yelah, bagi sesiapa yang duduk area KL ni mestilah lagi nak jimat minyak petrol kereta memandangkan sini selalu jem dan high standard of living. Tak gitu? ;)

Ada orang cakap, jenis minyak petrol tu sendiri yang menentukan sama ada penggunaan minyak petrol tu cepat digunakan atau tidak. Tapi, sebenarnya, cara kita mengawal, menjaga dan memandu kereta kita lebih banyak mempengaruhi penggunaan minyak petrol kereta. Kat bawah ni adalah tips untuk jimat minyak petrol kereta:

Elakkan dari mengisi minyak petrol dalam kuantiti yang sedikit.
Setiap minggu, cuba amalkan untuk letak wang ke tepi, khas untuk mengisi minyak petrol, supaya korang tak perlu untuk mengisi minyak berulang kali. Dulu, menjadi satu tabiat bagi i isi minyak RM10. Tapi sebenarnya, isi minyak dengan kuantiti yang sedikit adalah merugikan, dan akan menyebabkan minyak cepat habis.

Minyak akan cepat habis kalau ruang tangki banyak yang kosong. Semakin besar ruang, semakin banyak minyak akan meruap. Petrol yang meruap tak dapat nak dibakar oleh enjin. Jadi, lebih elok kalau korang tak biarkan tangki minyak kereta korang tu kosong, dengan mengisi minyak dengan lebih banyak.

 Belajar untuk menukar gear ke Neutral.
Insan-insan yang selalu berada dalam traffic jam, mesti malas nak menukar-nukar gear kan? Lebih-lebih lagi kalau korang pakai kereta manual, lagi malas. Tapi kalau korang tengah berhenti kat traffic light, atau tengah traffic jam, lebih baik korang menukar gear ke 'N' untuk mengurangkan pembakaran minyak petrol kereta korang. Jangan malas-malas ye?

 Memandu kereta dalam kelajuan yang tetap.
Bagi sesiapa yang suka racing kereta atas highway, tips ni mesti korang tak boleh nak ikut. Hehehe. Bagi orang lain, cuba korang belajar untuk memandu kereta dalam kelajuan yang tetap, kawal kaki anda untuk tidak terlalu menekan pedal minyak. Kereta haruslah tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kalau korang drive terlalu perlahan, ia akan menyebabkan bebanan pada kereta, dan kereta terpaksa 'melakukan kerja' dengan lebih.
  Periksa keadaan tayar dan enjin kereta.
Secara jujurnya, i sendiri malas nak periksa keadaan kereta i. Selalunya, Mizan akan pam angin kat tayar i, dan papa akan call i dan tanya minyak hitam dah perlu tukar ke belum. Hekhek ;p Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar dengan baik boleh memastikan cengkaman tayar berada dalam keadaan yang elok, dan sekaligus dapat menjimatkan minyak. 

♥ Kurangkan penggunaan air-cond
Kalau tengah panas terik kat luar, tak payah lah nak tutup air-cond. 'Terbakar' kang korang dalam kereta tu nanti. Hehehe. Sekarang ni, selalunya i akan balik rumah pada waktu malam, dan masa i tengah drive waktu malam, i akan tutup air-cond, dan bukak tingkap sikit. Kalau pegi class waktu pagi, i akan bukak tingkap jugak. Jangan bukak tingkap luas-luas ye. Jimat, dan udara luar pun bagus untuk paru-paru kita. Hirup udara air-cond banyak-banyak pun tak bagus jugak :D

 Kemas kereta anda.
Oucchhh! Terasanya i. Hehehe. Ni terutamanya bagi perempuan, semuanya nak sumbat dalam kereta. Kalau korang tengok kereta i, kat seat belakang, segala jenis buku tebal ada, dah serupa locker. Dan dalam boot belakang, semua ballet flats i tersusun rapi, serupa rak kasut. Hahaha. Jangan ikut contoh i k. Kemas kereta korang, dan korang boleh kurangkan beban pada kereta :)

MY POINT OF VIEW
Macam papa i pesan, "Jangan reti bawak kereta je, jaga kereta tu sama, baru kereta akan 'jaga' kita." Maksud papa, kalau kita jaga kereta, kereta takkan mendatangkan apa-apa masalah pada kita. Kalau kita tak jaga kereta, kereta datangkan masalah, duit beratus-ratus dari poket kita pun boleh melayang tau.

2 sweet kisses:

Eyda Dania said...

Thanks for tips..btol2..abah eyda pon slalu ckp..jgn gune aircond sgt...jimat mnyak..tp eyda slalu gk gune..sbb eyda xleh trdedah ngn habuk..but..ty nk try r..bkk tingkap ckit je..hehehe..n kemas kereta tu ..terasa gk..klu abah eyda check keta..katenye cm butik bergerak..ad sweater,kasut mcm2 dlm tu..hahahaha

Youhazreenda said...

haah kalau time malam2 tu bukak tingkap je sikit, syok jugak hirup udara luar.. heee...

hahaha sama lah kita eyda.. semak je, kena ubah perangai ni. hahaha

Post a Comment

Blog contents © The Essence Of Me 2010. Blogger Theme by Nymphont.